Kehidupan peribadi Betharia Sonata

Betha pernah berkahwin dengan pelakon laga Willy Dozan. Mereka rasmi bercerai Ogos 2002.[1] Dari perkahwinan tersebut, mereka mempunyai 2 orang anak iaitu Mohd Leon Rahman Dozan dan Nabila Rahman Dozan. Akhirnya Betha berkahwin lagi dengan seorang usahawan yang berusia 10 tahun lebih tua darinya dan tinggal di Itali.[2] Pernyataan tersebut dikeluarkannya tahun 2005 dan Betha mengaku telah berkahwin selama dua tahun secara siri.[3]